Friday, August 3, 2012

Sayangs.

Alhamdulillah diberi kesempatan berbuka dengan #geng Sabians '03-'07. Seronok jumpa Kaklong Najo, Aida, Sue, Ika, Shepah, Ekyn, Ticktick, Nad, Qyller, Ateh, Fisa & Dalie. Tukar cerita, kongsi gelak, kongsi susah sebab adik aku boleh hilang pulak tetiba. -.-'

Special thanks kat Ateh sebab kejarkan adik, Nad & Qyller sebab naik fudkot balik cari adik, Najo sebab spot adik, Ika & Aida sebab teman cari adik dan semua sebab tak penat tanye adik mana setiap 5 saat padahal dia kt belakang aku je.

And, thanks Ika & Bucin sebab hantar aku & adik sampai rumah dengan selamatnya.

Sayaaaaaaaaang korang! ;)

Raya nanti jangan lupa datang rumah! Ade openhaus.

*step up boring, sorry. haha ramai tak setuju dgn aku.*

Thursday, August 2, 2012

Untuk yang tak tenang hati.

Kita akan ada vulnerable times. Dimana kita rasa semua orang tak sayang kita, jiwa kosong macam tak cukup sesuatu, macam ada unfinished business. Bila takde jawapan, sujud. Minta ditenangkan hati, dipermudahkan segala urusan. Allah sahaja mampu bantu. Jangan tinggalkan Allah waktu senang dan hanya ingat Dia waktu susah. This is for myself dan untuk kamu juga. Benda baik adalah untuk dikongsi, bukan? Alhamdulillah i got through my vulnerable moment with this doa.

Ya Allah,
Gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian;
Di tempat kedukaan dengan kegembiraan;
Dan di tempat ketakutan dengan keamanan.

Ya Allah,
Sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan;
Dan padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan.

Ya Allah,
Buatlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan;
Dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian;
Dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir.

Ya Allah,
Halakan kebingungan pandangan hatiku kepada Nur cahaya-Mu;
Dan tindakan tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus;
Dan palingkanlah orang orang yang menyimpang dari jalan-Mu kepada hidayah-Mu.

Ya Allah,
Lenyapkanlah was was dengan fajar kebenaran;
Dan hapuskanlah jiwa yang resah dengan falak kebenaran;
Dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan terhina.

Ya Allah,
Lenyapkanlah dukacitaku;
Hilangkanlah kesedihanku;
Sembuhkanlah kesakitanku;
Dan halaulah keresahan dari jiwaku.

Ya Rabb,
Ya Tuhanku,
Daku berlindung kepada-Mu dari rasa takut;
Kami bersandar dan berserah hanya kepada-Mu.
Daku tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu;
Engkaulah pemeliharaku;
Sebaik baik pelindung dan penolong.

Sumber : Blog Makngohselamoh
Orang yang takde kakak semua mengeluh teringin nak kakak, aku yang ade kakak busy bickering dengan dia.
I know I ade salah cakap, I'm sorry. :(

Tapi i didn't mean the words i said. Seriously.
I will try to be a better little sister in future.
Promise!

Saturday, July 7, 2012

Ingat tak?

Ingat tak dulu cikgu selalu kata, masa SPM buat betul betul sebab it's a life changing exam for you. Either you do good and get to study in someplace awesome, or you don't do any good and terus do what you want after SPM exams.
Now I believed what my teachers told me. Bukan setakat nak dapat tempat untuk sambung belajar je, keputusan SPM applies, untuk kerja juga. Buktinya, masa pergi interview untuk internship, the boss lebih tertarik kepada keputusan SPM daripada CGPA aku. *glad i did okay masa sekolah than in Uni*
Jadi, nasihat aku kepada yang nak ambil SPM atau yang bakal nak ambil pada masa mendatang, ia adalah penting untuk dapat keputusan molek dalam SPM. So study smart and hard! :)

Tuesday, June 26, 2012

Hey awak!



Berjaya dapatkan gambar lama saya dengan Fara. My dear bestfriend, room mate and another person i can certainly wet my eyes on! Kawan susah senang, mudah dan leceh, inilah dia orangnya. Rindu nak makan sushi dengan kau. Rindu nak tengok kau marah marah bila aku yang patut marah. Yang penting sekali, rindu engkau! Baru tadi dapat tips how to go through internship from her. Well, bila kita dapat nasihat bermakna orang tu sayang kita. Sayang kau banyak banyak. Good luck for your future undertakings and cepat cepat cari boyfriend and kahwin!

This friend made me believe there are no cerewet people in this world. She would strongly say,
"Aku bukan cerewet, aku cuma tegas dengan apa yang aku nak". - FarzanaQuotes

Foot-nota-kaki; Jumpa banyak old pictures in the laptop so rasa nak update and it made me realize i have many people in my life who i love and loves me back unconditionally. :) Oh, i am so in love with my life and the people in it. *teary eyes*

Saturday, June 23, 2012

SUPER DUPER!

Dear super duper bestfriend,
Terima kasih kerana selalu ada waktu susah dan senang saya, waktu saya jatuh dan bangun, jadi pendengar paling setia walaupun most of the times kena paksa, layan rengekan dan paksaan saya dengan baik dan sabar, jadi driver saya untuk ke mana saja dan kalau bulan tu boleh pergi dengan kereta rasanya saya dah sampai bulan dengan bantuan kamu.

Terima kasih kerana jadi pengaruh paling besar dalam hidup saya, teman shopping dan teman perabih duit, partner in crime most of the times, tukang geletek paling annoying dan kongsi gelak paling tak senonoh seorang perempuan patut ada, jadi pemegang amanah segala password social networks jika apa apa berlaku. Paling penting, terima kasih kerana memahami.

Dear super duper bestfriend,
Minta maaf kerana banyak kurang saya dengan kamu, atas air mata saya yang terpaksa kamu keringkan dengan sabarnya, atas segala susah yang saya dah kongsi bersama kamu dan segala buruk dan tiada baiknya daripada saya. Minta maaf ye bestfriend!!

Dear super duper bestfriend,
Saya paling nak kamu tahu yang saya sayang awak lebih daripada apa pun! Kerana jadi orang yang paling saya percaya dalam dunia ini, TERIMA KASIH!!!

Noor Raidah Binti Jalalul Muhalli, Angah shayaaaaaang Along! :)

Antara dalam banyak perkara yang aku bersyukur of having is having an awesome sister whom I can call a bestfriend even she halau me out of her office. Hahaha *something only kitorang faham* :)

Tuesday, June 19, 2012

Picnic smchicnic!

Long time no update??!!!

Happy birthday! 
So, Ahad lepas went all menyemak with kakak and her gang. Best friend Along, Kak Wawa buat surprise party untuk boyfriend dia, Hafiz. Disebabkan lately ni pun banyak sangat menyemak with Along and her friends so i went all menyemak sekali in the celebration. Hehe.

So, i went pony-tail with the hair and lets go picnic! Tema dia garden picnic camtu. Venue Taman Metropolitan or what people selalu panggil Taman Layang Layang. Sebab ramai orang main layang layang kat situ. Tempat syiok untuk beriadah juga.

Kak Wa so sweet tahu?? She baked rainbow cake untuk boyfriend dia. Went through all the troubles nak surprise kan dia lagi. Yang paling kelakar, her boyfriend went along well with it. Sempat lah jugak gelak sebab her boyfriend nak je ikut Kak Su when she already knows Kak Wa takde pun. Nasib lah nak ikut, kalau taknak ikut, birthday boy takde, surprise pun takde lah kan? Hahaha.


Amboi tengok kaki kakak kite, terangat tauu!

Macaroni kakak kite tau masak. Sedap! The cake was awesome. Everything else on the side also. Good good. Went home with two balloons and end up inhaling those gas to make funny voices.

That's it! Goodbye awesome people! :)