Friday, August 31, 2012

Cute lil fellah


Name : Kenopok Mony
Petname : Nini
Hobby : Jump out windows and to laze around pillows

The 4 kittens

 Mushroom & Gudin.

 Meet my sweetheart; Pom.

Say hello to Zazu.

My cat Barnabas




Barnabas Collins. You can call him Barney. ;)

Happy engagement day Nina!

Congratulations on your engagement!
Nina Syafina Syukor
&
Farid Mustafah

Looking forward for the wedding next year. Tak sabar! Nina sangat cantik and she's like a ball of light. Looking so bright and happy like she always did. So many things to describe tapi semua jadi terlalu indah untuk describe with words alone. I'm happy for you. Geng nakal, geng lawan pengawas, geng ponteng waktu sekolah menengah dah bertunang.
Yay!


Jamal Abdillah as guest singer. Awesome suara dia.



Tahniah Nina & Farid! Nina! So that you know, aku dengan Bee banyak kali contemplate on what nak bagi kau apa as hadiah on this beautiful ceremony, kitorang bawak fresh flowers je. Hope kau suka. Its the thought that counts kan? Hehe. You'd be surprised to what extent kitorang terfikir nak bagi kau.

Aku doa Allah permudahkan jalan untuk kau & supaya kau tenang lalui apa saja dugaan yang akan datang. Bila dah balik UK jaga diri kat sana, sayang kau forever and ever! Big hugs and kisses! XX!

Saturday, August 25, 2012

#conversation: i'm annoyed

Orang A; Ada boyfriend dah?
H; Tak ada.
Orang A; Tipu. Tipu kan?
H; Mana ada. Nak tipu buat ape je.
Orang A; Ngaku je la, kesian bf kau, kau xngaku bf.
H; Aku kata tak ade, tak ade lahhhh. Kau ni kenapa?
Orang A; Ngaku je, aku xkan bagitau orang lain. Kau dah ada kan?
H; Oii annoying nye kau ni. Tak ade tu dah la, dah kenapa mcm acik joyah sangat ni???
Orang A; Dah la kau. Bajet. Dgn aku nak saving.
H; Suka hati kau lah, aku plak kena. Geram pulak aku dgn kau.

**Bajet macam dia tahu semua benda, camnilah. Bukan rapat pun, nak menyibuk sangat. Kalau ye pun nak berborak, soalan kasi bernas sikit boleh?**

Thursday, August 23, 2012

Ohana means family.

Family is not an important thing, its EVERYTHING. - Michael J. Fox

A happy family is but an earlier heaven. - George Bernard Shaw


Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. :)

The only rock I know that stays steady, the only institution that I know works, is the FAMILY. - Lee Eacocca

Friendship quotes.



Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything. - Muhammad Ali

A hug is like a boomerang - you get it back right away. - Bil Keane

It is one of the blessings of old friends that you can afford to be stupid with them. - Ralph Waldo Emerson

It's the friends you can call up to 4 a.m that matter. - Marlene Dietrich

It takes a long time to grow an old friend. - John Leonard

Lovers have a right to betray you.. Friend don't. - Judy Holliday
Friendship is certainly the finest balm for the pangs of disappointed love. - Jane Austen

Wednesday, August 15, 2012

This never gets old.

This never gets old sebab everytime i tell this story to my friends, i like to imitate cikgu zul's voice. And everytime its been told, it never fails to make people laugh.

3 Amanah, 2005.
We had our test, tak silap paper Bahasa Melayu. Cikgu Zulakbal relief class sebab cikgu yg sepatutnya jaga class tak datang.
All papers had been distributed except for table yang takde orang. Shalini, pengawas sekolah lambat masuk class as she kena jaga class waktu perhimpunan. Meanwhile,

Cikgu : Okay shemua dah dapat kertas? Bila shaya kata E mula ae? MULAI!!
Students : *still pandang cikgu* ada yang terkejut sebab cikgu Zul menjerit. But most of us, pandang dia. Disebabkan tgh  nak test kan, takde makhluk berani gelak. Sebab we expect for him to say "E". Where the heck is his "E"?
Cikgu : Eh kenapa kamu pandang pandang shaya? Kan shaya dah kata E. MULA-E!
Students : HAHAHAHA. *baru faham, gelak & terus mula jawab*

Eh cerita doesn't stop there. Ingat taaak, Shalini tak masuk class lagi?
After like beberapa minit, Shalini masuk class.

Cikgu : Eh shtop shtop. Kawan kamu baru mashuk. Berhenti shemua. *gives paper to Shalu* MULA-E!!
Students : *gelak gelak sampai kena marah dgn cikgu & jawab paper*

HAHAHAHAHAHAHAHAHA MULA-E! :D

My cats

Oggy.Baby.Mony.Ben.Annie.Ella.Barnabus.Pax.Pom.Guden.Zazu.Orenji.

Sunday, August 12, 2012

short funny moment #1

10.00 p.m
Tengah tengok drama kat TV3. Nampak nama Zain Saidin kat tv.
*sebab i know my cousin Izzati likes Henry Middleton dalam Oh My English, this conversation happened*

Me : Zati, ada Zain Saidin berlakon dalam cerita ni!
Izzati : Mana? Hensem tak dia? Kalau rambut dia panjang, dia tak hensem.
Fati : Zain? Zain mana?
Me : Zain Saidin.
Fati : Oh Zain Saidin yang Oh My God tu eh?
Me : HAHAHAHAHAHAHAHA!

*Kan aku dah cakap, kalau aku dapat something sampai habis aku bahan. The thing is, your mistake is very innocent & cute!!*

Friday, August 10, 2012

Cinta epik

Petang tadi, tolong nenek potong dan jahit jubah dia nak pakai esok. Nenek cerita..

"Kadang kadang nenek rasa arwah atuk ada lagi dengan kita. Macam tadi masa tidur siang, nenek terfikir, lepas atuk kau balik dari masjid, baru nenek nak bangun sembahyang. Tapi eh, terfikir balik.. Atuk kau dah takde."

Aku senyum. Dalam hati aku terfikir, nenek rindu kat arwah atuk niii. Mane tak rindu, berpuluh tahun hidup bersama. Berkongsi hidup tak kira suka duka. Paling tak boleh lupa bila nenek & arwah atuk bickering sebab nenek kurang dengar & atuk kena ulang banyak kali. Atuk yang daripada semangat nak cerita terus tak jadi nak cerita. Ahh those comel times of my grandparents. :')

Atuk jenis yang tak banyak cakap, jenis yang mudah senyum. Tapi bila dah mula bercerita, kita takkan pernah jemu dengar cerita dia. Dari kecik dengar lagu omelan atuk, lagu sepuluh budak hitam. Rindu rindu rinduu.

Kalau kita rindu orang yang dah pergi, sedekahkan Al-Fatihah. Jadi, tak sia sialah kita rindu orang yang dah pergi tu. Itu yang arwah atuk pernah pesan kalau arwah atuk terdengar kitorang mengadu kitorang rindu arwah mama dulu. Al-Fatihah..

Cinta paling epik dalam pandangan aku. Terpisah jasad tapi jiwa tidak. I love my nenek & atuk. :')

Thursday, August 9, 2012

Iklan BERNAS. Betul betul bernas.

Bila tengok orang post video ni kat FB, degil taknak tengok. Tapi bila tengok je, perghhhh. :'(
Iklan raya paling sedih Malaysia pernah ada.


Wednesday, August 8, 2012

Soalan dan jawapan..

Soalan yang sering kita tanya diwaktu kita diduga dengan ujian-Nya tapi ketahuilah, Allah yang Maha Penyayang dah jawab soalan soalan ni 1400 tahun yang dulu..


Q: Kenapa aku diuji?

A: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." [Surah al-Ankabut ayat 2-3]

Q: Kenapa aku tidak dapat apa yang diidam - idamkan?
A: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" [Surah al-Baqarah ayat 216]

Q: Kenapa ujian yang aku hadapi seberat ini?
A: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" [Surah al-Baqarah ayat 286]

Q: Kenapa kita rasa kecewa?
A: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" [Surah Ali Imran ayat 139]

Q: Bagaimana harus aku hadapi kesusahan ini?
A: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" [Surah al-Baqarah ayat 45]

Q: Kepada siapa aku patut berharap?
A: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal" [Surah at-Taubah ayat 129]

Q: Apa yang akan aku dapat daripada semua ujian ini?
A: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka" [Surah at-Taubah ayat 111]

Q: Aku tidak tahan dengan ujian ini..
A: "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir" [Surah Yusuf ayat 12]

Q: Sampai bila aku akan merana?
A: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" [Surah al-Insyirah ayat 5-6]

"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (luh mahfuz)" [Surah Yunus ayat 61]

Tuesday, August 7, 2012

Put the blame on Han

Confession time: I am a tweet junky.
**Well that is because i tweet almost all the time.

So as i was sitting beside my sister, i gave her the idea, "Apa kata along pegi tweet artis?"

So as diligent as a big sister should not be, my sister tweeted. Kahkah. Okay itu salah Han.

Tweet tweet tweet.

Then she tweeted local artists. Salah Han juga. Mungkin.

She tweeted lagi.

The part where she tweeted her friends and the family banyak banyak tu, i tak salah! Hahaha she got mad by herself.

Sampaikan we got all giggly sebab along tweet orang banyak kali. Hahahahahahaha. Yg pom pomm tu not my idea.

Boleh kata i am the founder of her trouble. For the first part of it je la. Haha.

Monday, August 6, 2012

#random Q's


  1. My childhood nickname was A'an. Pronounce: (Ak-an).
  2. If you want to spoil me rotten, buy me an iPad. Because that is just my heart desires for right now.
  3. The television character I most identify is nobody. Harharharrr.
  4. If I had the whole day to go shopping and money to spend, I would go to entah entah entah. Kehkeh
  5. The most wild and crazy thing I have ever done is creeping out of the house at 2AM just to spend time with my friends. But I know now that is the stupidest thing I had ever done. Sebab balik balik je kena marah dengan arwah Atuk. Hehe
  6. The one thing on my bucket list I am eager to do is go umrah with my best people in life. Insya-Allah. Kalau niat kita baik, Allah akan permudahkan jalan kita kan? :)
  7. My family will always be loyal to my choices. :')
  8. If I could spend a day with a celebrity, I would choose Cory Monteith. Because I want to see how freakishly tall that guy is. Hehe.
  9. In my opinion, the best invention in the history would be washing machines. Well, think about it. Kan dah berkurang orang cuci kain tepi sungai? Kihkih.
  10. When life hands me lemons, I make lemonades & sell it? :D

Sunday, August 5, 2012

Fingers moving

Jemput like page adik beradik ni kat sini :)

Potential customers boleh tengok kat photos previous work ordered by our previous customers.
Bagitahu je nak macam mana, insya-Allah kami cuba realisasikan permintaan anda.

Saturday, August 4, 2012

The sweetness of being patient..

We often heard that "patience is virtue". But to be more deep, lets go with the Islamic way of saying this.


أولئك يؤتون أجرهم مرتين بما صبروا

These shall be granted their reward twice, because they are steadfast…” [al-Qasas 28:54].
"Mereka yang bersabar itu, diberi pahala dua kali..." [al-Qasas 28:54]

إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب

“…Indeed, the patient will be given their reward without account.” [az-Zumar 39:10].
"...Sesungguhnya orang yang penyabar akan diberi ganjaran tanpa dihitung." [az-Zumar 39:10]

Allah has mentioned patience 90 times in Al-Quran. Sabar tu manis. Pahit pada permulaan, tapi Masya-Allah, ganjaran-Nya manis.

Biar lambar, biar buruk, biar cela atau biar apa pun.., Sabar. :)

Waktu sedih, waktu marah, waktu lemah atau bila satu kerja pun tak jadi.., Sabar dan usaha lagi. :)

Ingat, Allah sentiasa bersama dengan orang orang yang sabar. Insya-Allah..

I am not perfect. But I am trying to be better. I learn everyday. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin..

#geng 2

This is family. My childhood memories and thank You Allah, we are still making sweet memories together. :')

And this is the love i can't surrender.

Friday, August 3, 2012

#geng

Kat mana mana pun jadi. Kat masjid pun jadi. #geng

Sayangs.

Alhamdulillah diberi kesempatan berbuka dengan #geng Sabians '03-'07. Seronok jumpa Kaklong Najo, Aida, Sue, Ika, Shepah, Ekyn, Ticktick, Nad, Qyller, Ateh, Fisa & Dalie. Tukar cerita, kongsi gelak, kongsi susah sebab adik aku boleh hilang pulak tetiba. -.-'

Special thanks kat Ateh sebab kejarkan adik, Nad & Qyller sebab naik fudkot balik cari adik, Najo sebab spot adik, Ika & Aida sebab teman cari adik dan semua sebab tak penat tanye adik mana setiap 5 saat padahal dia kt belakang aku je.

And, thanks Ika & Bucin sebab hantar aku & adik sampai rumah dengan selamatnya.

Sayaaaaaaaaang korang! ;)

Raya nanti jangan lupa datang rumah! Ade openhaus.

*step up boring, sorry. haha ramai tak setuju dgn aku.*

Thursday, August 2, 2012

Untuk yang tak tenang hati.

Kita akan ada vulnerable times. Dimana kita rasa semua orang tak sayang kita, jiwa kosong macam tak cukup sesuatu, macam ada unfinished business. Bila takde jawapan, sujud. Minta ditenangkan hati, dipermudahkan segala urusan. Allah sahaja mampu bantu. Jangan tinggalkan Allah waktu senang dan hanya ingat Dia waktu susah. This is for myself dan untuk kamu juga. Benda baik adalah untuk dikongsi, bukan? Alhamdulillah i got through my vulnerable moment with this doa.

Ya Allah,
Gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian;
Di tempat kedukaan dengan kegembiraan;
Dan di tempat ketakutan dengan keamanan.

Ya Allah,
Sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan;
Dan padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan.

Ya Allah,
Buatlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan;
Dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian;
Dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir.

Ya Allah,
Halakan kebingungan pandangan hatiku kepada Nur cahaya-Mu;
Dan tindakan tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus;
Dan palingkanlah orang orang yang menyimpang dari jalan-Mu kepada hidayah-Mu.

Ya Allah,
Lenyapkanlah was was dengan fajar kebenaran;
Dan hapuskanlah jiwa yang resah dengan falak kebenaran;
Dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan terhina.

Ya Allah,
Lenyapkanlah dukacitaku;
Hilangkanlah kesedihanku;
Sembuhkanlah kesakitanku;
Dan halaulah keresahan dari jiwaku.

Ya Rabb,
Ya Tuhanku,
Daku berlindung kepada-Mu dari rasa takut;
Kami bersandar dan berserah hanya kepada-Mu.
Daku tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu;
Engkaulah pemeliharaku;
Sebaik baik pelindung dan penolong.

Sumber : Blog Makngohselamoh
Orang yang takde kakak semua mengeluh teringin nak kakak, aku yang ade kakak busy bickering dengan dia.
I know I ade salah cakap, I'm sorry. :(

Tapi i didn't mean the words i said. Seriously.
I will try to be a better little sister in future.
Promise!